Friday, February 5, 2010

Anugerah Allah- Dia Insan Istimewa


I asked for strength...

and Allah gave me difficulties to make me strong

I asked for wisdom..

and Allah gave me problem to solve

I asked for courage...

and Allah gave me obstacles to overcome

I asked for love...

and Allah gave me troubled people to help

I asked for favors...

and Allah gave me opportunities


" Maybe I received nothing I wanted...but I received everything I needed.."


Dalam hidup ini, kita tidak akan dapat memiliki semua yang kita inginkan. Namun, dengan rahmat Allah, kita dapat apa yang sepatutnya kita perlukan. Kita jarang menyedari bahawa apa yang Allah timpakan ke atas diri kita itu samada baik atau buruk adalah semata-mata untuk menguji dan seterusnya membentuk diri kita menjadi manusia yang lebih baik.


Setiap orang pasti mengimpikan seorang sahabat yang soleh dan solehah. Seorang sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah, seorang sahabat yang menjadi obor pembakar semangat dalam meneruskan perjuangan yang melelahkan ini serta seorang sahabat yang boleh membuatkan kita tenang dan gembira mendengar bicaranya yang lembut dan menyenangkan. Akan tetapi, adakah diri kita sendiri memenuhi kriteria seorang sahabat yang soleh dan solehah ? Inilah persoalannya.


Alhamdulillah, ada yang berjaya memilikinya. Allah memakbulkan doa kita. Begitu indah dan bahagianya saat memiliki sahabat seperti itu. Dia menyayangi kita dan kita menyayanginya. Dia mendoakan kita dan kita mendoakannya. Dia menasihati kita dan kita akan menasihatinya. Orang Arab mengatakan, " takmil wa istikmal ", yakni lengkap melengkapi.


Sahabat-sahabat yang dikasihi,


Pernahkah kalian berdoa kepada Allah ? Berdoa memohon dikurniakan sahabat yang saling menguatkan, seorang sahabat yang sering memberi nasihat dan teguran yang membina dan berhikmah, seorang sahabat yang mengajar kita erti sabar dan tabah menghadapi tekanan hidup, seorang sahabat yang menuturkan kata-kata yang lembut, yang menyebarkan kasih sayang dan sentiasa menjaga hati orang di sekelilingnya. Pernahkah ? Tentu pernah. Dan sudah tentu itulah doa yang sering dilantunkan setiap hari. Itulah harapan kebahagiaan kita dalam medan perjuangan dakwah ini. Sahabat amat penting dan mempengaruhi peribadi seseorang.


Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang kita perlukan. Dia tidak akan memberi sesuatu yang berharga melalui jalan yang mudah. Kerana jika kita mendapat sesuatu dengan mudah tanpa rasa perit dan susah, ia takkan kekal, nikmatnya sementara serta kita mudah melupakan.


Lalu Allah menganugerahkan kita seorang sahabat yang ISTIMEWA dan UNIK. Sifat dan karakternya jarang ada pada orang lain. Perilakunya ketika marah, kata-katanya, mimik mukanya serta tegurannya seakan-akan meninggalkan parut kekal dalam hati. Rupa-rupanya Allah ingin mentarbiah kita. Tarbiah dan didikanNya bukan melalui sahabat yang kita inginkan. Namun Allah datangkan seorang sahabat yang unik dengan sifat yang amat berlawanan dengan apa yang kita pohonkan padaNya.


Sungguh berat ujian ini, namun itulah didikan terbaik untuk hamba-hambaNya melakukan perubahan dalam hidup.


Bersabarlah dengan kata-katanya yang kadang kala melemahkan. Adakalanya menyakitkan serta memarakkan api kemarahan. Terimalah tegurannya walaupun kadang kala tidak berhikmah. Di sinilah praktikalnya. Menguji kesabaran dan keimanan.


Maha Suci Allah, hikmahMu sangat besar dan hebat. Mengapakah aku lambat memikirkan asbab kejadianMu itu ? Terasa rugi kerana tidak berjaya memupuk kesabaran selama ini. Sekiranya aku mengerti daripada awal bahawa inilah medan imtihan untukku mendidik diri menjadi insan yang kuat dan tabah, tentu hari ini aku sudah berjaya memperbaiki diri dan membuang karat-karat mazmumah yang merajai hati dan jiwa. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun..ampunilah dosa hambaMu yang hina ini..


Setiap kesulitan pasti diiringi KEMUDAHAN. Itulah janji Allah. Apa yang Allah berikan, itu yang terbaik buat kita. Setiap pemberian Allah berupa nikmat mahupun musibah, pasti ada hikmah yang tersembunyi kecuali bagi orang yang berfikir.


Sesungguhnya, jika insan sebegini pernah hadir dalam kamus hidup kita, dialah insan ISTIMEWA dan UNIK, anugerah Allah yang tidak ternilai. Dialah yang akan menunjukkan kesalahan kita, yang akan memberitahu siapa kita sebenarnya tanpa berselindung dan berkias hanya kerana ingin menjaga hati kita. Hargailah dan maafilah insan yang istimewa ini. Anugerah Allah hanya datang sekali. Fahami dirinya dan jangan lukakannya disebabkan kelemahannya itu. Kerana kita juga punya kelemahan yang sama. Bersyukurlah..berlapang dada dan positifkanlah akal fikiran kita. Semoga kita mampu melepasi ujian dariNya. Dan akhirnya kita berjaya mencapai apa yang kita inginkan setelah kita diberi apa yang kita perlukan.


Wallahua'lam.


1 comment:

bayugunung said...

Salam,

Ada jalur keinsafan siapa membaca..

Seperkata yg penting juga iaitu, sahabat kurniaan Allah itu perlu juga diperluaskan jangkauannya. Lebih ramai kenalan lebih banyak yg kita tahu tentang manusia itu sendiri.

Ana lebih suka menyalurkan perkara ini kepada 'memperkasa diri' untuk tambahan yg lebih kepada jamaah. Selain menjadi seorang sahabat, mereka juga boleh menjadi 'team' dalam pelbagai bidang yg diceburi.

Contohnya, dalam bidang ekonomi, mungkin ada sahabat kita yg pandai bab pengurusan kewangan dan mencari dana, ia sepatutnya tdk sekadar untuk manfaat seorang.

Tubuhkan sebuah team yg boleh dikembangkan menjadi sebuah entiti perniagaan. Ana percaya, dengan kenalan yg ramai, kemungkinan besar bisnes yg ditubuh boleh dikembangkan melalui hubungan dan jaringan yg ramai dan pelbagai. Ini adat org berniaga.

Mungkin tajuk agak lari sedikit..minta izin..

Inni Akhafullah