Monday, September 29, 2008


Segala puji bagi ALLAH. Kami sentiasa memuji, memohon pertolongan dan meminta keampunanNya. Kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan daripada amal perbuatan diri kita. Siapa sahaja yang diberi hidayah oleh Allah, maka tidak akan ada yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, sesiapa yang disesatkanNya, maka tidak akan ada yang boleh memberinya hidayah.


Aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah. Aku bersaksi Muhammad saw adalah hamba dan utusanNya. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kedamaian yang banyak kepada Baginda dan juga kepada keluarga dan para sahabat.


Amma ba'du,


Wahai hamba Allah..renungkanlah bait-bait ini, supaya kamu mendapat pengajaran.


"Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari dan menghayatinya.

Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling dari melihatnya. Aku utuskan kepadamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli sunnahnya. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara.."


"Adakah kamu mencintaiKu sebagaimana Aku mencintai hamba-hambaKu?"


Peringatan ini untuk diri sendiri..

Yang masih lemah dalam perjuangan..
Yang sentiasa mengharapkan pimpinan dariNya..


No comments:

Inni Akhafullah